Follow on facebook

Google Map Us!

Durian Batu Kurau dan Sg Sempenih

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Masa makan tengahari pun dah tiba. Kalau tengok gambar makanan pasti terliur. Malam tadi siapa yang tengok majalah3 mesti teringin nak makan raja buah iaitu DURIAN. 

Kali ni admin nak cerita pengalaman admin sendiri melalui gambar-gambar di bawah tentang dua perkara di tempat yang sama, Batu Kurau iaitu buah durian dan Sg Sempenih. 

Siapa yang tidak tahu, Batu Kurau merupakan sebuah pekan kecil yang juga dikenali dengan buah durian yang sedap dan juga berdekatan dengan Sg Sempenih yang mengalir dengan sejuk dan luas. 

Siapa yang pencinta durian tu, makan satu biji pasti tidak cukup apatah lagi satu ulas. Jadi, di Batu Kurau juga boleh dapatkan durian bukan sahaja sedap, tapi murah dengan pembelian kuantiti yang banyak. 

Kalau di sana, lagi seronok makan durian sambil menikmati pemandangan sungai atau mandi manda terus pun boleh.

Admin sendiri beli sampai satu bonet kereta. Macam-macam yang boleh buat dan masak dengan buah durian. Boleh masak pengat durian, makan dengan pulut dan santan, buat kek durian dan tidak lupa tempoyak. 


Jika anda ingin ke Batu Kurau, hanya 10 minit dari Aqeel Homestay Taiping Kamunting.








Comments